Thursday, April 11, 2019

JENTERA PMS TERBAIK


LAWATAN SEKOLAH ANGKAT KE JKM

Lawatan sambil belajar oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penyertaan seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 dan dua guru pengiring. Pelajar telah diberikan penerangan berkaitan Politeknik Muadzam Shah dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penerangan lebih berkisar kepada syarat kemasukan ke Politeknik Malaysia dan lawatan ke bengkel-bengkel serta pelajar dapat melihat kemudahan yang terdapat di jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Thursday, February 7, 2019

TAHNIAH..PMS JUARA PIPPo 2015


PUTRAJAYA, 16 Ogos - Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.

PMS yang pada asalnya tidaklah meletakkan harapan menggunung bagi meraih ranking utama dalam pertandingan itu memandangkan kebanyakan polteknik yang terlibat merupakan politeknik elit yang lebih gah dalam penghasilan reka cipta berinovasi. 

Namun, lain jadinya dalam pertandingan kali ini. Hal itu kerana tanpa disedari oleh banyak pihak, gabungan tenaga akademik dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS khasnya dalam program Rekabentuk Pembuatan Automotif. telah menghantar satu rekabentuk yang berimpak tinggi sekaligus menenggelamkan wibawa inovasi politeknik yang lain. 
Menurut Norhayaati Abdullah selaku Ketua Program Rekabentuk Pembuatan Automotif, Rekabentuk berinovasi yang dihasilkan oleh PMS lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi yang mudah namun kreatif. ‘Misalnya kami menghasilkan side mirror menggunakan kamera. Selain itu, kami juga menggunakan tiga seater, aerodinamik sirip tepi. Rekaan itu adalah berkonsepkan rupa bentuk serangga kala jengking,’ beritahu Norhayaati lagi. 

Tambah beliau, ‘Pemilihan warna merah yang garang tetapi masih mengekalkan ciri-ciri proton. Alhamdulillah syukur kerana ciptaan pasukan kami berjaya menambatkan hati panel juri dan dengan kejayaan menjuarai PIPPo ini sekaligus menambahkan lagi keyakinan bahawa pelajar PMS mampu untuk mengetengahkan rekacipta dan rupabentuk inovasi yang unggul. 
Sementara itu, Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah antara orang yang paling gembira dengan kejayaan pasukan PMS dalam PIPPO kali ini. Katanya, ‘Kejayaan ini sekaligus membukti yang pelajar kami adalah antara pelajar politeknik yang berketerampilan tinggi dalam menghasilkan inovasi. Bukan mudah untuk memikat perhatian juri yang begitu teliti. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga akademik yang membimbing atas kejayaan yang penuh cemerlang ini dan diharapkan momentum kejayaan ini dapat dikekalkan, malah dipertingkat.’

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS, Mohd Fuaad Bin Fesul pula memberitahu bahawa kejayaan PMS ini menunjukkan tiada yang mustahil untuk berjaya. ‘Segalanya terletak atas kesungguhan dan hakikat itu telah pasukan kami buktikan. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)(Pendidikan Tinggi), Alhamdulillah.’ 
Pasukan PMS yang muncul juara itu membawa pulang  piala pusingan, dan wang tunai RM19,000.

POLITEKNIK MUADZAM SHAH JUARA PIPPo 2015

Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.

Kumpulan pelajar politeknik itu menerima sebuah trofi dan replika cek bernilai RM 19,000.00 bagi mereka bentuk kereta Proton yang dikenali sebagai Telson.

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga menerima trofi dan replika cek bernilai RM 9,000.00 dan RM 6,000.00 dalam mereka bentuk Saga Dyna dan Proton Taring.
Kesemua hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

"Pasukan yang bertanding ini perlu mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah kepada projek sebenar dengan pendedahan amalan kerja sebenar industri ini. Dikesempatan ini, saya bagi pihak kementerian, merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Proton kerana menyumbang 12 buah kereta pelbagai model untuk pertandingan ini," katanya pada majlis penutup Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.
Kain Ching berkata, HEWM pada kali ini merupakan acara yang julung kali diadakan dan akan menjadi penanda aras untuk acara akan datang. Beliau turut berharap HEWM akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender kementerian.

HEWN merupakan satu program inklusif yang mencakupi semua disiplin pendidikan yang ada dan tidak terhad kepada mereka yang cemerlang di dalam pelajaran sahaja. Selain PIPPo, minggu HEWN turut membabitkan empat lagi program iaitu Karnival Pendidikan Tinggi, Seminar dan Kebudayaan, Pusat transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan sukan.

Wednesday, January 9, 2019

PERHIMPUNAN JKM SESI JUN 2015

Gambar Kenangan : Aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu perhimpunan bersama pelajar dan pensyarah JKM pada Sesi Jun 2015.