Thursday, February 7, 2019

POLITEKNIK MUADZAM SHAH JUARA PIPPo 2015

Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.

Kumpulan pelajar politeknik itu menerima sebuah trofi dan replika cek bernilai RM 19,000.00 bagi mereka bentuk kereta Proton yang dikenali sebagai Telson.

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga menerima trofi dan replika cek bernilai RM 9,000.00 dan RM 6,000.00 dalam mereka bentuk Saga Dyna dan Proton Taring.
Kesemua hadiah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

"Pasukan yang bertanding ini perlu mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah kepada projek sebenar dengan pendedahan amalan kerja sebenar industri ini. Dikesempatan ini, saya bagi pihak kementerian, merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Proton kerana menyumbang 12 buah kereta pelbagai model untuk pertandingan ini," katanya pada majlis penutup Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.
Kain Ching berkata, HEWM pada kali ini merupakan acara yang julung kali diadakan dan akan menjadi penanda aras untuk acara akan datang. Beliau turut berharap HEWM akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender kementerian.

HEWN merupakan satu program inklusif yang mencakupi semua disiplin pendidikan yang ada dan tidak terhad kepada mereka yang cemerlang di dalam pelajaran sahaja. Selain PIPPo, minggu HEWN turut membabitkan empat lagi program iaitu Karnival Pendidikan Tinggi, Seminar dan Kebudayaan, Pusat transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan sukan.

No comments:

Post a Comment