PUTRAJAYA, 16 Ogos - Politeknik Muadzam Shah, Pahang muncul juara Pertandingan Inovasi Proton Politeknik (PIPPo) 2015 dalam mereka bentuk semula kereta Proton sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia (HEWM) yang julung kali diadakan.
PMS yang pada asalnya tidaklah meletakkan harapan menggunung bagi meraih ranking utama dalam pertandingan itu memandangkan kebanyakan polteknik yang terlibat merupakan politeknik elit yang lebih gah dalam penghasilan reka cipta berinovasi.
Namun, lain jadinya dalam pertandingan kali ini. Hal itu kerana tanpa disedari oleh banyak pihak, gabungan tenaga akademik dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS khasnya dalam program Rekabentuk Pembuatan Automotif. telah menghantar satu rekabentuk yang berimpak tinggi sekaligus menenggelamkan wibawa inovasi politeknik yang lain.
Menurut Norhayaati Abdullah selaku Ketua Program Rekabentuk Pembuatan Automotif, Rekabentuk berinovasi yang dihasilkan oleh PMS lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi yang mudah namun kreatif. ‘Misalnya kami menghasilkan side mirror menggunakan kamera. Selain itu, kami juga menggunakan tiga seater, aerodinamik sirip tepi. Rekaan itu adalah berkonsepkan rupa bentuk serangga kala jengking,’ beritahu Norhayaati lagi.

Tambah beliau, ‘Pemilihan warna merah yang garang tetapi masih mengekalkan ciri-ciri proton. Alhamdulillah syukur kerana ciptaan pasukan kami berjaya menambatkan hati panel juri dan dengan kejayaan menjuarai PIPPo ini sekaligus menambahkan lagi keyakinan bahawa pelajar PMS mampu untuk mengetengahkan rekacipta dan rupabentuk inovasi yang unggul.
Sementara itu, Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah antara orang yang paling gembira dengan kejayaan pasukan PMS dalam PIPPO kali ini. Katanya, ‘Kejayaan ini sekaligus membukti yang pelajar kami adalah antara pelajar politeknik yang berketerampilan tinggi dalam menghasilkan inovasi. Bukan mudah untuk memikat perhatian juri yang begitu teliti. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga akademik yang membimbing atas kejayaan yang penuh cemerlang ini dan diharapkan momentum kejayaan ini dapat dikekalkan, malah dipertingkat.’

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS, Mohd Fuaad Bin Fesul pula memberitahu bahawa kejayaan PMS ini menunjukkan tiada yang mustahil untuk berjaya. ‘Segalanya terletak atas kesungguhan dan hakikat itu telah pasukan kami buktikan. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM)(Pendidikan Tinggi), Alhamdulillah.’
Pasukan PMS yang muncul juara itu membawa pulang piala pusingan, dan wang tunai RM19,000.